Monday, 25 April 2011

bila al-quran berbicara


  

KENAPA AKU DIUJI 
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN 
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!     
QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)  

Saturday, 16 April 2011

duhai hati...............

duhai hati yg duka, bergembira lah....
duhai hati yg kecewa, ketawalah...
duhai hati yg suram, terangilah...
duhai hati yg nanah, perbaikilah...
duhai hati ku, berubah lah...
lupakan kepahitan yg lama,
coretkan lah cerita yg baru...
duhai hati ku.. 
usah dikenang keperitan yg lama,
andai pipi dibasahi lelehan air mata..
hidup mu bukan hanya didunia,
malah tujuannya utk kesana.. 
duhai hati ku,
ubah pendirian mu yg kalut,
agar pemikiran mu tidak lagi kusut.. 
duhai hatiku...
mengapa diratapi satu kesedihan semalam,
andai didepan mu terbentang seribu kegembiraan..
duhai hatiku... 
perbicaraan ini utk kau dan aku,
kerana kita bersatu berpadu menghadapi rintangan ini..
duhai hatiku..
semoga kita sampai ke destinasinya... 
DUHAI HATIKU................

Friday, 15 April 2011

dosa semalam........

"semalam penuh dosa, yg menghantui hari mendatang, apakah kita lupa rahmat Allah yg Maha Penyayang.. 
semalam penuh dosa, kita menangis dan terus menangis mengenang ia, apakah kita lupa, kasih sayang Allah yg menerima taubat..
semalam penuh dosa, kita mengeji diri lalu mengata, aku tak layak hidup di dunia, apakah kita lupa, taubat la jalan seterusnya utk kita yg berbuat dosa.."



mengenang kembali hari semalam, membuat kita termenung, akan dosa2 yg lalu, sama ada sengaja atau tidak... sembunyi atau terangan, seorang atau dalam beramai.. namun kesedaran itu tak lama, kadang2 ia datang, kadang2 ia pergi, aku perlu perbaiki diri.. sukarnya utk istiqamah..  kawan2 selalu pesan , " ketika kamu seronok membuat dosa, igtlah ianya tak kekal dan keseronokan itu akan hilang.. sebaliknya pabila kamu membuat kebaikan, ianya akan kekal" (lebih kurang maknanya) ... YA TEPAT SEKALI... krn kebaikan ialah perkara yg hati seorg mukmin merasa tenang dan baik,sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yg hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa tidak tenang dan takut kalau-kalau diketahui org lain.. 



penutup...

wahai diri, tika ingin membuat dosa, selalulah beringt wahai diri, dan katakanlah pd diri,, "kalau lah aku tahu setiap perkara yg aku buat akan dipertayangkan di khalayak ramai nnt, pasti aku tak lakukan ini..."

utk dosa yg lepas, sesali la ia, bertaubat dan ingtlah "andai dosa itu berbau, pasti tidak ada siapa yg berani keluar rumah..."

utk dosa tanpa disedari, istighfarlah selalu dan selalulah berbuat kebaikan agar kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan....



(surah at _tahrim: 8)   ......ياءيها الذين ءامنوا توبوا الي الله توبت نصوحا
"wahai org2 yg beriman bertaubatlah kamu dgn semurni2 taubat....."


sekian wassalam..


Monday, 11 April 2011

Tamat sem pertama.....

bismillah.......


4 bulan lebih berlalu meninggalkan kami.. macam2 yg berlaku.. tak kira sedih mahupon gembira.. kepenatan belajar.. kelelahan berjalan utk ke kuliyah.. kesedihan mlayan prasaan.. tekanan mengulangkaji pelajaran.. namun jiwa kami juge didodoi penyucian hati.. khutbah jumaat di uia yg sngt membakar smngat.. insyaAllah semuanya akan dilhatkan n d balas.. biar penat2 dahulu insyaAllah kemanisan datang kemudian..


musim peperiksaan...


exam byk merubah sesuatu.. mrubah seseorg.. dgn exam, seseorg yg malas stdy akan brubah utk stdy.. seseorg yg steady dlm stdy, akan tngkatkan useha dlm stdy..seseorg yg suke stdy last minit, akan tak tido mlm utk stdy.. mreka ini berlainan caranya, namun tujuan terdekat mreka hnya satu, DAPAT JAWAB DLM EXAM... pelbagai cara, hebatnya yg Maha Kuasa..


   teringat seorg sahabat wktu SPM, walau dia bersungguh dlm mngulangkaji plajaran,smpai sggup tak tdo malam, namun die tak lupe utk lakukan solat sunat di hujung malam.. mungkin itu caranya.. selepas solat subuh, diteruskan dgn bacaan yasin.. aku terpiker, ya... taqarraub ila Allah itu yg penting di samping useha yg kita lakukan..



berakhirnya peperiksaan...

   andai usahanya pahit, insyaAllah natijahnya manis.. tak semua bnda akan berterusan pahit.. sama lah seperti laut, tak sntiasa tenang dan tak snantiasa bergelora.. natijah nya juga yg akan membuatkan mereka senyum bergmbira, mnangis duka, senyap  tak terkata atau mlonjak kriangan tp jgn lah kita jd seperti joy watak dlm cerita "3 idiots" ,yg menggantung diri stelah projeknya tak di terima.. teringat pesan seorg sahabat, itu hnya ujian dunia, yg dicipta manusia utk menguji kfahaman kita.. andai gagal, ulanglah semula utk mendapatkan lebih kfahaman..=)  belajarlah utk redha wahai diri....



pesanan..

yg dilihat dan diukurNya bukan sehebat mana hasilnya.. tp yg di harap sjauh mana TAWAKKAL , PERCAYA nan jitu.. pergantunganmu padaNya.. tp tak bermakna tidak perlu berusaha.. USAHALAH semampumu.. tp jgn sesekali berakidah bhwa byk usahamu penentu kjayaan.. ..tetapi berimanlah bhwa TAWAKKAL mu itu hnya smata-mata pd Nya.. itu lah penentu kjayaan mu.. kjayaan bukan milik sesiapa, ttapi adalah milik Allah.. jd seyakinnya hendak lah kau pohon drNya semata.."apabila kau membulatkan tekad, maka hendaklah kau berserah(tawakal) sgalanya kpd Allah"...=) all the best in exam...